Sunday, September 7, 2014

terima kasih kuucapkan padamu

kawan yang kini menjadi lawan. bukan dengan kehendakku sendiri, tapi takdir. bukan aku ingin menyalahkan takdir, namun aku hanya mampu redha. redha dengan apa yang telah terjadi. dulu, kau lah tempatku mengadu. tempat ku bermanja. tempat ku bermain. tempat ku bergurau senda. dulu, kita selalu samasama. kemana kau pergi, ada aku. kemana aku pergi, kau ada. tidak kira di bengkel, di kelas, mahupun di suria, ataupun di wanbi. hanya kita berdua sahaja. kau sering mengadu tentang apa yang terjadi pada diri kau tidak kira happy ataupun sedih. fikiran kita selalu sama. aku rindu saat kita mula berfikir tentang benda yang sama. dan kita mula cakap " kau fikir kah apa yang aku fikirkan ni ?" :') sejujurnya aku rindu. aku rindu kita yang dulu. aku rindu bercerita dengan kau. aku rindu mahu kenakan kau dan tengok muka kau yang mekong tu. aku rindu ingin hangout dengan kau. aku rindu jadi security guard di suria :'D hahaha aku rindu semua tu. namun apa daya, ego memusnahkan segalanya. disebabkan ego kita berdua, persahabatan kita hancur musnah. antara sebab mengapa aku berbuat demikian , aku ingin perbaiki diri ini. kata orang , "jangan cuba ubah orang kalau diri sendiri nda pandai berubah" . okay, aku cuba ikut prinsip tu. aku sedar , aku bukanlah kawan yang baik. kawan yang perfect dari segi segalanya. aku bukanlah perempuan yang jadi kegilaan ramai. yang hotstuff. aku juga seperti gadis-gadis yang lain. aku juga punya perasaan. sekarang semuanya telah berubah bukan ? aku tahu, kau terguris dengan perbuatanku. aku tahu aku tidak sepatutnya menjauh darimu. namun apa kan daya ? aku cuba untuk hidup seperti budak lain. yang tidak terlalu mengharapkan seorang kawan untuk mengajarku itu ini. aku tahu aku pemalas. tiba masanya untuk aku ubah semua itu. aku harus berkorban demi mencapai kejayaan yang aku impikan. motif aku lain, tapi anggapanmu lain. kau katakan yang bukan bukan. kau katakan kau yang memulakan segalanya tapi selepas itu ? kau katakan bahawa aku lah penyebabnya. aku tidak nafikan , memang aku lah penyebab segalanya. tapi kata maaf sudah aku ucapkan padamu bukan ? aku ingin persahabatan kita seperti dulu. tapi kau enggan memaafkan ku. malah kau katakan selama ini kau hanya berpurapura. kau tidak ikhlas dalam melakukan apa pun. maksud mu ? kau tidak ikhlas berkawan dengan ku ? bukan ? tidak mengapa :') aku sedar aku siapa. kau katakan kau dengki padaku , dengki sebab apa ? aku tidak punya apapa. aku tidak punya harta yang banyak. aku tidak punya rupa yang lawa. tapi kau ? kau punya segalanya. apa yang kau mahu, senang kau dapat. mengapa perlu dengki dengan diriku yang sebegini rupa ? aku keliru. mengapa kau harus berbuat demikian ? kau katakan yang kau hanya ada aku di sekolah. jadi yang lain ? bukan kawan kau ? kini kau rapat dengan mereka. adakah mereka masih bukan kawan kau ? aku tidak mahu punya persahabatan yang berdasarkan rasa simpati sematamata. aku hanya mahu persahabatan yang ikhlas. tidak berpurapura. tidak hipokrit. maafkan aku sekali lagi andai buat kau kecewa dengan sikapku. kau kini tidak perlukan diri ini bukan ? baiklah, aku mengundur diri. aku mengalah. mengalah tidak semestinya kalah. aku hanya ingin perbaiki diri ini. harap engkau temui seseorang yang memahami dirimu. seseorang yang selalu ada untukmu. seseorang yang sering mendengar luahan hatimu. meski pun aku bukan orang itu lagi, namun aku berdoa agar engkau bahagia tanpaku. terima kasih kerana sudi menjadi kawanku sementara. terima kasih atas nasihat yang diberikan kepadaku ketika aku senang dan susah. terima kasih kerana menyedarkan diri ini bahawa "tidak semestinya orang yang selalu ada sama kita tu suka sama gaya/penampilan dan lainlain kita". terima kasih aku ucapkan :') jaga diri kau disana. sekian sahaja penulisanku kali ini yang penuh dengan emosi :') hahahhahahaa kbyeeeee

No comments:

Post a Comment