Monday, January 19, 2015

2015

assalamualaikum,

haiii ;) it's been 2015 and Alhamdulillah nahh , kita masih boleh bernafas , teruskan perjuangan yang semalamnya terhenti .

aku kini sudah dewasa. aku sedar itu. umur 18 aku jangkaui pada tahun ini di bulan Ogos. jujur, aku belum sedia untuk tempuhi hidup di alam remaja. dan jujur juga aku katakan bahawa aku sudah penat merasakan segalanya yang berkaitan tentang hati dan perasaan pada usia muda ini. hanya kerana fobia, aku takut , takut untuk hadapi dunia realiti. yang pada masa akan datangnya , aku akan disunting oleh seorang yang bergelar jejaka bagi hidupku. HAHAHAHAHAHA anehh. sangat anehh. kalau kau mahu tahu, sejak dari awal 2015 lagi aku sudah merasakan yang pelik akan berlaku. tapi aku tidak pasti pula bila. walaupun calonnya belum ada, tapi ntahlah. mungkin hanya sekadar perasaan semata -mata ? atau aku terbawa-bawa cerita sinetron ? hihihi , Allah sajalah yang tahu segalanya.

masa-masa sudah dewasa ni, mesti kena pandai. pandai apa ? pandai masak, pandai jaga diri . aku masih ingat pesan mama " kaka yul, kaka yul kalau mahu jaga orang, jangan dulu. abaikan. yang penting kaka yul pandai jaga diri sendiri. jaga dulu diri sendiri sebelum jaga orang lain nak. kuatkan semangat " ... kata-kata tu masih aku genggam seerat yang mungkin.

masa-masa sudah dewasa ni, mesti pandai bepikir sudah. kalau dulu, memang lah mahu ikut suka hati jaa. mana-mana mahu pergi, mesti mahu enjoy jaa. budak zaman sekarang, memang tidak sah berjalan. termasuk juga aku. kekekeke.

waktu dulu, aku mengaku aku bukanlah insan yang baik. yang boleh orang pandang tinggi. yang boleh orang harapkan. yang boleh orang jadikan contoh. walaupun dari segi pemakaian , aku cuba menutup aurat dengan sempurna, namun tingkah laku bukan seperti pemakaianku. aku terlalu keras, hatiku keras kerana lama tidak dimanjakan dengan merdunya zikir. jiwa ku kacau kerana lama tidak mengambil air wudhu untuk membersihkan diri. wajahku tidak berseri kerana lama tidak mengerjakan solat yang sepatutnya wajib untuk umat islam laksanakan. aku terlalu alpa dengan hal-hal duniawi. aku terlalu mengejar keseronakan sehinggakan moto hidupku dulu hanyalah " forget what other said, i was born to be me " which means i don't even care what others think about me , about what i do . memang tidak salah punya moto seperti itu, cuma , niat kena perbetulkan.

tahun 2014 telah banyak mengajar aku erti kesabaran, erti penyesalan, erti takut akan Allah . aku sedar yang zaman sekarang , orang-orang seperti aku senang sekali terjebak dalam masalah sosial. terpengaruh dengan trend semasa. tapi syukur Alhamdulillah, Allah tu maha Berkuasa. aku hanya terjebak dalam kegiatan chit-chat di laman sosial sahaja. yang lain , tidak. terima kasih Allah.

kadang-kadang aku sunyi. sunyi sebab tiada teman bertexting seperti kawan-kawanku yang lain. aku sedih kerana tiada yang ambil berat pasal aku. aku berkurung seperti orang kemurungan. pada masa tu, aku langsung tidak sedar yang aku punya mama , aku punya baba, aku punya keluarga, aku punya sahabat . hanya kerana aku tidak punya boyfriend, aku jadi begitu. ya Allah, bodohnya aku. sehinggakan aku menjadi wanita yang hanya tempat lelaki lontarkan kebosanan mereka. hanya bila mereka perlu aku, mereka cari. bila tidak, aku seperti tissue pakai buang. bila dorang gaduh dengan gf , dorang cari aku. aku cuba hiburkan hati mereka. buat mereka tersenyum sudah cukup bagi aku walaupun hanya dalam whatsapp. apa yang penting kawanku happy.. tapi kau juga tahu kan apa perasaan bila orang yang pernah singgah di hati kau buat kau begitu, ohhh ~ sakitnya tu disini di dalam hatiku uh uh uhhhh ~ walaupun perasaan tu sudah lama kau kubur dalam-dalam di ingatan kau , tapi nyata ianya hanya semudah melontarkan kata-kata dan berjaya membuat hati kau sakit yang teramat.

aku cuba sembunyikan perasaan ini, tapi yang lebih mengguriskan, bila mereka sudah happy , mereka tinggalkan kau sendiri. dan kau ? hanya menanti text yang belum pasti kau terima. menunggu , menunggu ... dan menunggu sampai kau bosan. bila kau sudah bosan, kau putuskan untuk terus ke hadapan , tapi ianya tertangguh kerana dia datang balik menyatakan rindunya pada kau. ya Allah , kenapa perasaan harus begini. aku tidak tahu sama ada harus gembira atau tidak suka.

mungkin bagi kau ini perkara kecil , tapi jika kau seorang perempuan, seorang wanita, kau pasti tahu rasanya apa. sehingga kini aku terus menyendiri tanpa menerima sesiapa hadir dalam hati ini. aku tahu aku perlu berfikir dua kali untuk buat keputusan. dan jika aku belum bersedia , maka aku putuskan untuk menolak dengan selembut yang mungkin. hati manusia, kena pandai jaga. mungkin depan dia baik tapi belakang ? waAllahualam. in shaa Allah , tahun ini aku ingin berubah ke arah yang lebih baik. doakan aku agar dapat mencapai azamku ^^ aku kena terus berusaha menggapai gunung yang tinggi demi mencapai sebuah azam yang selama ini aku inginkan. in shaa Allah , doakan aku sayang-sayangg :D hihihi


assalamualaikum

No comments:

Post a Comment